Hilang Sabar Dengan Bek4s Isteri, Ini Penjelasan Fizi Ali

Selepas memuat naik status hilang sabar dengan bek4s isterinya iaitu Shakilla Khoriri, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali memilih untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkongsiannya itu.

Bercakap kepada mStar, Fizi berkata adalah lebih baik jika punc4 dan sebab dia berkongsi status berkenaan ditanyakan sendiri kepada Shakilla.

“Perkara ini saya tidak mahu komen banyak, nanti takvt ada pihak yang terkecil hati atau sebagainya.

“Status tu lebih kepada luahan perasaan sebenarnya, mungkin ada yang terlebih di situ bagi tatapan umum.

“Untuk perkara selebihnya saya tidak boleh komen secara lebih lanjut. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya belah sana,” katanya.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Soa yang kini berusia tiga tahun.

Pada Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punc4 perpisah4n.

Bagaimanapun selepas berpis4h kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook KakiCincau

Sumber: Mstar via AppleHijau.Com

Leave a Comment