“Saya Tak Bertunang, Asyik Cerita Hal Dalam Kain Je…”

Tular dakw44n sudah bertunang dengan Ira Kazar, pengarah terkenal, Syamsul Yusof hanya mampu ketawa dengan gosip tersebut.

Memetik BH Online, Syamsul menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan cerita itu lebih menjadi perhatian berbanding filem terbarunya, Mat Kilau yang sedang ditayangkan.

“Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.  Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja,” katanya.
Sebelum ini, perkongsian pelakon Puteri Sarah di IG Story menjadi perhatian apabila berkongsi mengenai laporan portal yang mendakwa suaminya bakal berkahwin dengan Ira Kazar.
Malah, dalam perkongsian itu juga seorang pengguna dengan nama, Hannah Montana mendakw4 pengarah itu sudah pun bertunang.

Menerusi entri itu, Puteri Sarah turut memberikan reaksi pada kiriman tersebut dimana dia meluahkan rasa syukur jika ianya benar.

 

Sumber: RoTikaya

 

Leave a Comment