[Video] “Beri masa dia untuk…..” Neelofa moh0n sikit masa lagi untuk ded4h wajah Bilal

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa memohon sedikit masa lagi untuk mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini mencecah usia lima bulan.

Menurut laporan Harian Metro, selebriti berusia 33 tahun itu menyedari ada segelintir pihak menjadikan isu penyakit Ain sebagai gurauan namun dia tetap mahukan terbaik bagi zuriatnya.

Video:

“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘Ain. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.
“Malah hal ini di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya mungkin boleh melangkaui takdir,” katanya.

Video :

Neelofa berkata, dia dan suaminya Haris Ismail tetap dengan pendirian dan memerlukan masa untuk Muhammad Bilal menjadi lebih kuat dalam menjalani tumbesaran.

“Saya buat ini (belum dedah wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak.
“Tunggu bagi dia besar sikit. Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” ujarnya.

Video :

 

Tambah bekas pengacara MeleTOP itu, dia mengucapkan terima kasih kepada individu yang bersetuju dengan tindakannya termasuk rakan artis Elly Mazlein yang tidak berkongsi wajah anak.

“Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi yang mana dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Apa yang dilakukan ini juga untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” ulasnya.

Video :

 

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkahwin dengan pendakwah bebas tersebut pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.

 

 

 

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram Lofa Page

Sumber : OMM

Leave a Comment